Tiga maut kemalangan ngeri di Lahad Datu
Tiga maut kemalangan ngeri di Lahad Datu

LAHAD DATU: Tiga lelaki maut selepas pikap mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler muatan minyak sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu – Sandakan, di sini, malam tadi.
Kemalangan ngeri itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.52 malam.
Katanya, 12 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer dari balai.
Menurutnya, pemandu treler lelaki berusia 61 tahun cedera dan dihantar ke hospital.
Tiga maut kemalangan ngeri di Lahad Datu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
You must be logged in to post a comment.