Pasukan ‘Berani Bangkit’ diketuai Hasmuni, mahu rebut semua jawatan utama dalam Pemuda UMNO

Pasukan ‘Berani Bangkit’ diketuai Hasmuni, mahu rebut semua jawatan utama dalam Pemuda UMNO

Saingan bagi mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO semakin menarik apabila setiausaha pergerakan itu, Datuk Hasmuni Hassan, yang menawarkan diri bertanding jawatan itu turut membariskan anggota pasukan untuk bertanding pada pemilihan sayap berkenaan.

Mengumumkan barisan itu sebagai pasukan ‘Berani Bangkit’, Hasmuni mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Hairi Mad Shah, sebagai calon Naib Ketua Pemuda.



Selain Hairi, Hasmuni turut mengumumkan ADUN Merlimau yang juga Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh, akan dilantik sebagai setiausaha pergerakan itu, jika pasukannya menang dalam pemilihan kelak.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd Naim Moktar, diumumkan sebagai calon Bendahari dan Ketua Pemuda UMNO Bukit Gantang, Mohd Sollehin Tajie, sebagai calon Ketua Penerangan.

Pada sidang media petang tadi, Hasmuni berkata, pasukannya juga akan bertanding merebut 20 jawatan EXCO yang akan ditandingi calon berusia bawah 40 tahun.

“Sasaran pasukan sekiranya menerajui sayap Pemuda UMNO ialah untuk parti menang kembali pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan menarik sokongan anak muda kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.



Dalam pada itu, beliau mendakwa, pasukan pemimpin pemuda yang diketuainya itu tidak memihak kepada mana-mana kumpulan dalam UMNO, sekali gus menolak dakwaan kononnya mereka adalah kumpulan yang pro kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pasukannya membawa semangat untuk bangkit kembali selepas UMNO dan BN mengalami kekalahan pada PRU14 dan PRU15.

Sementara itu, Dr Muhamad Akmal menyatakan pembatalan hasratnya sebelum ini yang mahu bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda dan memberi laluan kepada Hasmuni.

“Keputusan saya tidak jadi bertanding tidak dipujuk sesiapa sebaliknya dibuat atas semangat pasukan,” katanya.



Dengan penarikan diri Dr Muhamad Akmal, kini hanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menawarkan diri bertanding merebut jawatan berkenaan.

Seorang lagi calon yang sepatutnya merebut jawatan berkenaan iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dijangka tidak dapat bertanding kali ini selepas digantung keahliannya oleh parti selama enam tahun.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pemuda dan EXCO Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini. BH

Pasukan ‘Berani Bangkit’ diketuai Hasmuni, mahu rebut semua jawatan utama dalam Pemuda UMNO



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker