PAS menang besar tapi Melayu masih rugi – Tajuddin Rahman

KUALA LUMPUR: Seorang bekas veteran Umno berkata orang Melayu masih rugi walaupun PAS menang besar pada PRN 12 Ogos lalu.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, berkata ini kerana orang Melayu dilihat berpecah-belah dan berlawan sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa kuasa.

“Orang Umno, orang PAS kena bangkit semula, kena hidupkan balik Muafakat Nasional. Jadi balik macam dulu.

“Apa untung kalau kita berpecah? Orang PAS jangan berlagak sangat dah menang besar…nak tunjuk hebat jangan tunjuk sesama kita (orang Melayu), tunjuk pada orang lain,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara.



Beliau turut mengumumkan penubuhan NGO Pasir Salak Bangkit, sebagai platform untuk meniup semula semangat perjuangan orang Melayu yang dilihatnya semakin “lesu”.

“Perkembangan kebelakangan ini kita dapati Melayu dari segi politik, ekonomi, sosial telah jatuh tersungkur ke bawah dalam persaingan dalam negara.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana perkembangan ini bahaya untuk orang Melayu masa kini dan akan datang.”

Beliau yang kini digantung keahlian enam tahun oleh Umno berkata parti itu perlu bangkit untuk menjadi dominan dan tidak hanya “menempek kuasa” bersama pihak lain.



“Apa yang kita boleh buat dengan menumpang sebab kuasa bukan di tangan kita, kuasa di tangan orang…terpulang pada orang nak tolong ke tidak.”

Mengambil tanggungjawab cintakan bangsa, Tajuddin berkata NGO yang dipengerusikannya itu akan menganjurkan perhimpunan Melayu Bangkit di Kampung Gajah, Pasir Salak, pada 8 malam 30 Ogos ini.

“Ia terbuka kepada semua pemimpin dan parti yang simpati dengan perjuangan politik Melayu,” katanya sambil menambah gerakan itu tiada kaitan dengan Proklamasi Orang Melayu digagaskan Dr Mahathir Mohamad.

“(Adakah Tun M hadir?) Tun? Tiada kena mengena dengan dia…gerakan dia tu hanya gerakan kemudian senyap, himpunan saya ni nak satukan orang Melayu, nak Melayu bangkit.”



Lima tahun lalu, Tajuddin pernah menggerakkan inisiatif sama disokong PAS dan Umno ketika itu sehingga membawa kepada penubuhan MN yang bagaimanapun berkubur menjelang PRU15 apabila kedua-duanya membawa haluan masing-masing.

PAS yang bergabung dengan Bersatu bawah Perikatan Nasional (PN) menang 74 kerusi menerusi “gelombang hijau” manakala Umno bawah Barisan Nasional (BN) bergerak solo, menyaksikannya hanya menang 26 kerusi.

Pada PRN di enam negeri lalu, pengaruh Umno terus merosot dengan hanya menang 19 daripada 108 kerusi ditandingi sementara PN menang 146 daripada 245 DUN.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee



Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker