Ancam letupan di rumah PM, tukang urut di Kedah diberkas polis

PETALING JAYA: Seorang tukang urut ditahan susulan didakwa membuat hantaran berbaur ugutan terhadap perdana menteri dalam serbuan di sekitar Taman Desa Budiman, Bidong, Kedah, semalam.

Menurut Utusan Malaysia, lelaki itu dalam hantarannya “mahu membuat letupan” di rumah Anwar Ibrahim kerana didakwa menzalimi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lelaki berusia 41 tahun itu ditangkap pada 2.30 petang oleh sepasukan polis dari IPD Kuala Muda.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata satu laporan diterima berhubung ancaman melalui akaun Facebook “JoeJebatTajudin”.

“Hasil siasatan, kita sudah kenal pasti suspek dan membuat tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang bekerja sebagai tukang urut,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan narkotik.

“Suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan yang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya.



Menurut laporan itu, suspek yang dipercayai pemilik akaun Facebook bernama “JoeJebatTajudin” berkongsi satu klip video dari YouTube memaparkan kejadian letupan di Beirut, Lubnan.

Suspek dikatakan memuat naik kapsyen: “Memang sempoi kalau letupan macam itu kat rumah PMX yang menzalimi para pencarum KWSP.

“Mudah mudahan Allah (SWT) akan cabut nyawa PMX dalam masa terdekat ini.. Amin.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee



Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker