Anwar akan sampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York

Anwar akan sampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan khutbah solat Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) pada Jumaat ini.

Perdana Menteri adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCN yang bersejarah, iaitu masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Jemputan menyampaikan khutbah itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika sidang media bersama wartawan Malaysia di Pejabat Wakil Tetap Malaysia di sini petang semalam.

ICCNY adalah sebuah organisasi agama dan budaya Islam yang ditubuhkan pada awal tahun 1960-an. Rancangan asal pusat ini adalah menjadi institusi Muslim yang terdiri daripada sebuah masjid, sekolah, perpustakaan, dewan ceramah, muzium, dan rumah untuk Imam.

Objektifnya termasuk melayani komuniti Muslim di Manhattan khususnya dan keseluruhan komuniti Muslim Amerika secara umum.

Antaranya, untuk keperluan keagamaan mereka dan menyediakan tempat ibadah, kelas untuk membantu mereka dan anak-anak mempelajari pengetahuan terperinci tentang agama mereka, Islam dan mencerahkan pendapat awam Amerika Syarikat dengan pengetahuan sebenar mengenai Islam.



Dr Zambry berkata, Perdana Menteri akan berada di sini pada 20 hingga 23 September untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-78.

Beliau diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengk Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Speaker Dewan Undangan Negeri, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen serta pegawai kanan kerajaan dari kementerian yang berkaitan. BH

Anwar akan sampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi



Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker