Bau busuk bongkar kematian pelajar universiti dalam bilik

Bau busuk bongkar kematian pelajar universiti dalam bilik

Bau busuk dari sebuah bilik di kolej kediaman sebuah universiti di Serdang, Selangor membawa kepada penemuan mayat seorang pelajar semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pusat kawalan universiti itu kira-kira 7.45 petang dan mangsa ialah pelajar jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang berumur 29 tahun.



“Siasatan awal mendapati mangsa mengambil kursus Master Sastera di semester enam (tahun akhir) dan tinggal di bilik kolej kediaman tersebut seorang diri.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak memakai baju, berseluar panjang dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katil,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pintu bilik mangsa dalam keadaan berkunci dan tingkap tertutup rapat, manakala barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit mangsa masih berada dalam bilik.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira 4.30 petang oleh saksi kejadian kerana lama tidak berjumpa mangsa. Ketika itu, saksi terbau bau busuk dari bilik mangsa.”



Susulan itu, katanya, saksi bersama beberapa kakitangan universiti dan pelajar membuka pintu bilik mangsa menggunakan kunci pendua.

“Apabila pintu dibuka, mangsa didapati berada dalam keadaan terbaring dan bilik berbau busuk. Siasatan turut mendapati kali terakhir mangsa dijumpai adalah dua hari lalu.”

Katanya, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. FMT

Bau busuk bongkar kematian pelajar universiti dalam bilik




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi



Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker