Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini?

COPENHAGEN: Lebih separuh penduduk Eropah berkemungkinan dijangkiti varian Omicron menjelang Mac depan.

Kebimbangan itu disuarakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika Bank Dunia memberi amaran varian baharu Covid-19 itu mampu menghambat pemulihan ekonomi global.

Varian yang mudah dijangkiti dan lebih cepat menular itu melanda hampir seluruh negara sehingga memaksa kerajaan mengenakan pelbagai langkah baharu sementara beberapa pemerintah pula melaksanakan pemberian suntikan dos penggalak vaksin.



Namun, WHO menegaskan pengulangan dos penggalak Covid-19 bukan satu strategi terbaik dalam melawan kemunculan varian baharu.

Agensi antarabangsa itu menggesa pembangunan vaksin baharu yang mampu memberikan perlindungan lebih baik daripada penularan tersebut.

“Strategi vaksinasi berdasarkan dos penggalak berulang dengan komposisi vaksin asal dilihat tidak mungkin sesuai atau mampan dalam situasi ini,” jelas sebuah kumpulan penasihat vaksin Covid-19 dalam satu kenyataan.

Dengan hampir lapan juta kes Covid-19 dicatatkan sejak tujuh hari lalu, Eropah kini melaporkan jumlah jangkitan dan kematian paling besar di seluruh dunia.



Eropah kembali menjadi pusat penularan wabak baharu yang membimbangkan.

Malah, WHO menegaskan varian Omicron boleh menjangkiti hampir separuh penduduk di benua itu pada kadar semasa.

EROPAH BERDEPAN GELOMBANG BAHARU

Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge menggambarkan ‘gelombang pasang surut baharu dari barat ke timur’ melanda seluruh rantau berkenaan.



“Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) meramalkan lebih 50 peratus penduduk di rantau ini akan dijangkiti Omicron dalam tempoh enam hingga lapan minggu lagi,” katanya.

Rantau Eropah di bawah WHO merangkumi 53 buah negara dan wilayah termasuk beberapa negara di Asia Tengah.

Kluge berkata, sebanyak 50 negara daripada rantau tersebut dikesan mempunyai kes varian Omicron.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ‘vaksin yang diluluskan masih terus memberi perlindungan baik terhadap jangkitan teruk dan kematian akibat Covid-19 termasuk varian Omicron.



Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) berkata, penularan varian Omicron menjadikan Covid-19 sebagai penyakit endemik dengan manusia boleh hidup bersama virus itu walaupun ia terus kekal sebagai pandemik pada ketika ini.

KESAN KEKAL PADA PEMBANGUNAN

Sementara itu, Bank Dunia pula meramalkan pertumbuhan ekonomi global akan merosot pada tahun ini memandangkan varian Omicron berisiko memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja dan mengganggu rantaian bekalan.

Dalam laporan Prospek Ekonomi Global baharu, Bank Dunia merendahkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia 2022 kepada 4.1 peratus selepas peningkatan semula 5.5 peratus, tahun lalu.



Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata, pandemik itu boleh meninggalkan ‘kesan kekal pada pembangunan’ ketika petunjuk kemiskinan, nutrisi dan kesihatan bergerak ke arah yang salah.

Amaran itu dibuat genap dua tahun selepas pengumuman kes kematian pertama akibat Covid-19 di Wuhan, China.

JURANG KETIDAKSAMAAN AKSES VAKSIN

Forum Ekonomi Dunia (WEF) memberi amaran jurang ketidaksamaan akses vaksin Covid-19 boleh memburukkan lagi situasi sekali gus menyukarkan lagi untuk mencapai isu global seperti perubahan iklim.



“Wabak Covid-19 yang tersebar luas di negara vaksinasi rendah berbanding negara yang mempunyai tahap imunisasi tinggi boleh menjejaskan produktiviti pekerja dan mengganggu rantaian bekalan,” jelas WEF. – AFP

Jangkitan berkaitan kluster

Semalam sebanyak 3,198 kes baru dikesan. Daripada jumlah itu sebanyak 164 kes dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Sebanyak 55 kes (33.5 peratus) adalah dari kluster tempat kerja manakala 49 kes (29.9 peratus) adalah dari institusi pendidikan.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster berkaitan upacara keagamaan (40 – 24.4 peratus), import (7 – 4.3 peratus), kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (7 – 4.3 peratus) dan penularan komuniti (6 – 3.7 peratus) .

Kementerian Kesihatan mengeluarkan butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam tadi di laman web Github.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

https://mykmu.net/2022/01/11/hakim-berbogel-di-bilik-isteri-orang-sel

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker