Hujan berterusan, angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu

Hujan berterusan, angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook, memaklumkan ia membabitkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dan (Waspada) di beberapa kawasan di Sarawak.



Amaran hujan berterusan (buruk) hari ini membabitkan 10 kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

Manakala, amaran hujan berterusan (waspada) dijangka berlaku sehingga Sabtu ini membabitkan tiga kawasan iaitu Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga); Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis).

“Angin bertiup kencang dari arah timur laut dan dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” menurut kenyataan.

Hujan berterusan, angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000



Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker