Video Peluk Intan Najuwa tukar, Aliff minta maaf

Video Peluk Intan Najuwa tukar, Aliff minta maaf

Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz, 31, mohon maaf kepada peminat gara-gara video berpelukan dengan Intan Najuwa ketika penggambaran drama Jodohku Babysitter di Genting Highlands, baru-baru ini.

Mengakui hanya manusia biasa, aksi bintang kelahiran Singapura menjadi bualan ramai hingga mempertikaikan tindakan Aliff memandangkan kini sedang dalam fasa berubah apabila menyertai jemaah tabligh.



Enggan terus dikecam, penyanyi lagu Sayang Sayang itu akhirnya tampil bersuara menerusi Instagram (IG) Live.

Dalam IG Live berdurasi hampir 10 minit itu, Aliff berkata, dia masih belajar memperbaiki diri dan menafikan dirinya orang yang baik mahupun wali hanya kerana sering berkongsi perkara berkaitan agama dalam laman sosial.

Namun, katanya, dia kurang senang apabila segelintir netizen melabelkannya sebagai penunggang agama ekoran kontroversi berkenaan.

“Saya mohon maaf, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sebagai manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan, kita saling ingat mengingati agar dapat mengambil manfaat.



“Saya sedar penggambaran tidak boleh dijadikan alasan. Saya juga sedar matlamat tidak menghalalkan cara.

“Cuma, saya Aliff perlu lebih peka lagi selepas ini. Terima kasih kepada semua mendoakan, risau dan sayangkan saya.

“Saya sangat menghargainya. Teguran diberikan juga agar saya lebih berhati-hati. Mohon maaf pada mereka yang kecewa, hampa dan macam-macam lagi komen ditinggalkan,” katanya.

Bagi Aliff, itu hak masing-masing, malah ada yang cakap dirinya penunggang agama dan tidak berubah.



“Allahuakbar, semua orang ingin menjadi baik, cuma mungkin perjalanan kita berbeza, lebih lagi, medan kerja saya,” katanya.

Aliff berkata, selain teguran baik, dia juga tidak ketinggalan menerima komen kesat dan berbaur fitnah.

Bagaimanapun, katanya, dia enggan memanjangkan perkara itu, sebaliknya memilih memaafkan mereka.

“Saya maafkan mereka yang memberikan komen kesat dan berbaur fitnah kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini.



“Cuma, saya berharap sekiranya ingin menegur jagalah adab. Bukan apa, benda-benda kesat tanpa usul periksa akan menjadi fitnah,” ungkapnya.

Juara Gegar Vaganza musim kelapan itu turut mengambil kesempatan menjelaskan kenapa memilih berdiam diri ketika kontroversi itu tular.

Katanya, dia dan isteri, Bella Astilah tidak pernah melarikan diri daripada media, sebaliknya terpaksa bergegas pulang kerana perlu menguruskan dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 5, dan Ara Adreanna, 2, yang tidak sihat akibat jangkitan Influenza A.

“Saya tahu ada mengatakan saya mahu lari kerana tidak memberikan sebarang komen sejurus kontroversi. Sejujurnya, saya tidak langsung mempunyai niat melarikan diri, sebaliknya berada dalam keadaan tertekan kerana anak-anak tidak sihat ketika saya tiada.



“Saya dan Bella terpaksa bergegas pulang untuk urusan kemasukan ke hospital. Secara kebetulan, kebanyakan hospital pula penuh.

“Jadi, apabila ada kelapangan selepas urusan hospital selesai, barulah saya dapat memberikan penjelasan. Apapun, sekali lagi saya mohon maaf.

“Saya mohon doakan saya dapat terus istiqamah untuk menjaga diri dan amal,” katanya. BH

Video Peluk Intan Najuwa tukar, Aliff minta maaf




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker