China jadi pengutip hutang terbesar dunia

China jadi pengutip hutang terbesar dunia

BEIJING: Satu laporan mendedahkan China menjadi pemungut hutang terbesar di dunia berikutan wang dipinjamkan kepada negara-negara membangun kini meningkat antara AS$1.1 trilion (RM5.13 trilion) dan AS$1.5 trilion (RM7 trilion).

Dianggarkan 80 peratus portfolio pinjaman luar negara China di selatan global kini menyokong kebanyakan negara yang mengalami masalah kewangan.



Sejak 2017, China menjadi pemberi pinjaman bilateral terbesar di dunia dengan bank pembangunan republik itu pernah mengeluarkan hampir AS$500 bilion (RM2.3 trilion) antara tahun 2008 dan 2021.

Walaupun sebahagian usaha itu mendahului Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), program pembangunan perdana Beijing menggerakkan sebahagian besar pelaburan di negara membangun.

Namun, laporan baharu dikeluarkan oleh penyelidik AidData dari Institut Penyelidikan Global William & Mary di Virginia mendapati China kini mengemudi peranan pemungut hutang antarabangsa serta menjadi pembiaya bilateral untuk projek infrastruktur utama.

“Pinjaman dari bank disokong kerajaan China membantu membina landasan kereta api di Kenya dan loji janakuasa di Kemboja serta ribuan projek lain,” jelas laporan itu.



Pasukan penyelidik AidData menganalisis sebanyak 20,985 projek membabitkan 165 negara berpendapatan rendah dan sederhana yang dibiayai dengan geran dan pinjaman bernilai AS$1.34 trilion (RM6.25 trilion) antara tahun 2000 dan 2021.

Kumpulan penyelidik itu juga mendapati ketika hutang kepada peminjam China meningkat, bilangan projek yang dibatalkan juga semakin meningkat.

“Dengan pemberian pinjaman tinggi kepada negara-negara mengalami masalah kewangan, Beijing kini semakin bimbang mengenai risiko tidak dibayar semula pinjaman,” jelas laporan.

Jun lalu, Zambia mencapai perjanjian untuk menstrukturkan semula hutang negaranya berjumlah AS$6.3 bilion (RM29.4 bilion), dua pertiga daripada jumlah itu dipinjam dari Bank Eksport-Import China.



Untuk mengurangkan risiko gagal bayar hutang pada masa depan, penggubal dasar China memperkenalkan beberapa langkah antaranya mengurangkan pemberian pinjaman untuk projek infrastruktur sambil meningkatkan pinjaman kecemasan.

Satu lagi langkah China cuba mengurangkan terdedah kepada risiko adalah dengan meningkatkan penalti bagi pembayaran balik lewat. Utusan

China jadi pengutip hutang terbesar dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker