Lembah Klang dan 15 kawasan di lima negeri catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di beberapa kawasan di semenanjung kembali buruk.

15 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

Setakat jam 6 pagi Ahad, Bukit Rambai di Melaka dan Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 160.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah di Larkin (160) Nilai, Negeri Sembilan (160), Batu Muda, Kuala Lumpur (153).



Begitu juga di Rompin, Pahang turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada paras 102.

Lain-lain kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Pasir Gudang; Tangkak di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Cheras di Kuala Lumpur.

Sementara itu, 43 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala lapan yang lain mencatatkan bacaan IPU yang baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya. – Awani



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker