Isteri Hafidz hubungi Puteri Sarah

Isteri Hafidz hubungi Puteri Sarah

“Ketika di Madinah, Nurul Shuhada ada hubungi tanya saya macam mana dan minta beri tunjuk ajar.”

Demikian pendedahan aktres, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin merujuk kepada panggilan telefon daripada isteri pelakon Hafidz Roshdi ketika dia sedang mengerjakan umrah, bulan lalu.



Perkara tersebut dikongsikan bintang Andai Itu Takdirnya itu menerusi siaran langsung TikTok malam tadi dengan menyatakan Nurul Shuhada Mat Shukri meminta pandangan berhubung masalah ‘penyondol’.

“Dia meminta bimbingan saya dan doakan untuk dia ketika saya di Madinah dan Mekah tempoh hari. Memang saya tolong dia, saya bimbing dia langkah demi langkah.

“Laporan polis semua, pergi jabatan agama, saya yang bimbing dia,” katanya yang mengakui prihatin dengan nasib isteri teraniaya.

Bersemangat membantu insan senasib, Puteri Sarah terbuka memberi bantuan dari segi khidmat nasihat supaya mereka tahu perkara yang perlu dilakukan.



“Saya berjuang bukan untuk saya saja, tapi juga untuk wanita yang teraniaya. Saya bukakan jalan, itu niat saya,” katanya lagi.

Pada masa sama, bantuan dihulurkan bertujuan untuk menyuntik semangat supaya mereka mampu bangkit demi anak-anak.

Malah kata ibu kepada dua cahaya mata itu, perkongsian secara terbukanya bukan cubaan menyingkap cerita buruk orang, selain meminta netizen tidak membuat fitnah terhadapnya.

“Tak, saya tak cerita apa-apa pasal orang. Saya kata saya ‘guide’ dia, awak yang negatif. Saya tak cerita keburukan siapa. Saya kata saya hanya beri panduan.



“Jangan awak nak fitnah,” tambah isteri pertama kepada pengarah Shamsul Yusof itu.

Kelmarin, Hafidz, 29, menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga.

Nurul Shuhada juga akan ke mahkamah pada 1 Mac ini untuk pengesahan lafaz cerai tersebut.

Kemelut rumah tangga pasangan yang mempunyai dua anak itu tercetus selepas didakwa berdepan gangguan seorang wanita. K Online



Isteri Hafidz hubungi Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker