DAP, MCA boleh selesai pertikaian sendiri – Zahid

DAP, MCA boleh selesai pertikaian sendiri – Zahid

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata beliau tidak perlu campur tangan pertikaian antara Presiden MCA Wee Ka Siong dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

Pengerusi Barisan Nasional itu berkata, beliau percaya kedua-dua pemimpin itu boleh menyelesaikan sendiri isu yang timbul antara mereka.



“Biarlah mereka selesaikan sendiri, dulu MCA dengan Gerakan (sewaktu bersama BN) macam itu juga,” kata Zahid, ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi Felda, pagi tadi.

Isu itu tercetus selepas Kok dalam wawancara bersama akhbar berbahasa Melayu mendakwa MCA yang merupakan komponen BN sebagai “sesat”.

Wee berkata, dalam wawancara Kok bersama Mingguan Malaysia, secara “membabi buta” mendakwa MCA agak “sesat” apabila ditanya tentang hubungan DAP dan MCA dalam kerajaan perpaduan.

Menyelar kenyataan Kok, Wee kemudiannya membalas dan menegaskan kritikan yang dibuat adalah berdasarkan isu yang memberikan kesan kepada rakyat, khususnya membabitkan Kementerian Pengangkutan yang diterajui Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.



Kritikan Wee sebelum ini berkenaan isu keselamatan data pengguna dalam aplikasi MyJPJ dan juga tiket tambang ke Sabah dan Sarawak yang dikenakan syarikat penerbangan dianggap membebankan pengguna.

Ahli Parlimen Ayer Hitam turut menegaskan walaupun MCA menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim parti itu tidak sesekali akan menjadi “pak turut” semata mata. FMT

DAP, MCA boleh selesai pertikaian sendiri – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker