Tipu cukai Ferrari, 3 lelaki mengaku salah

Tipu cukai Ferrari, 3 lelaki mengaku salah

Tiga individu didenda antara RM5,000 hingga RM10,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Alor Setar kerana menggunakan dokumen palsu bagi mengurangkan cukai kereta import mewah di Langkawi.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas Ong Seng Aun, 59; Hoo Zui Bok, 47, masing-masing satu pertuduhan, manakala Ooi Liang Sheng, 36, dikenakan denda RM10,000, untuk enam pertuduhan.



Mengikut pertuduhan, Ong didakwa menggunakan dokumen palsu bagi mengurangkan duti import sebuah kereta Ferrari seorang individu bukan bermastautin di pulau itu.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh, pemilik syarikat automotif yang menguruskan pendaftaran kereta import Langkawi di Pejabat Kastam Langkawi di Bukit Malut pada 2 Okt 2021.

Hoo yang juga pemilik syarikat menyelenggara dan menjaga kereta mewah import turut didakwa bagi kesalahan sama bertujuan menipu untuk mengurangkan duti import sebuah kereta Ferrari di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung, Ulu Melaka.

Ooi yang juga pemilik syarikat berkaitan kereta mewah dan “runner” pula didakwa atas enam kesalahan memalsukan dokumen untuk menipu antara November 2018 hingga Oktober 2021, menurut Utusan Malaysia.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Atiqah Mohamad Alias dan Pegawai Pendakwa SPRM, Muhamad Taufik Awaludin mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Sementara Ong dan Ooi diwakili peguam, Mohd Hakim Hamran dan Hoo pula oleh peguam, R Sheshalini. FMT

Tipu cukai Ferrari, 3 lelaki mengaku salah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker