Kejar dan tembak, pekerja syarikat pinjaman wang direman

Kejar dan tembak, pekerja syarikat pinjaman wang direman

Setiu: Tiga pekerja syarikat pinjaman wang yang menjadi mangsa tembakan di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, di sini, semalam, direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, tempoh tahanan reman bermula hari ini dibuat di Mahkamah Majistret Setiu, pagi tadi.



Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa terbabit mempunyai rekod lampau yang mana seorang daripada mereka memiliki 11 rekod kesalahan lampau.

“Kita terpaksa menahan ketiga-tiga mangsa ini bagi membolehkan pegawai penyiasat menjalankan siasatan menyeluruh motif dan punca kejadian.

“Jadi ketiga-tiga mereka direman selama empat hari bermula hari ini dan setakat ini kita masih belum dapat mengenalpasti suspek yang menyerang mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Affandi berkata, pihaknya mendapati ketiga-tiga mangsa datang ke daerah ini dari Kuala Terengganu untuk berjumpa dengan pelanggan yang ingin meminjam wang di belakang pasar Kampung Rhu Sepuluh, di sini.



Beliau berkata, siasatan awal mangsa mendakwa diserang suspek yang memakai penutup muka kain sambil membawa senjata jenis tukul besi lalu memecahkan cermin hadapan kereta yang dinaiki.

“Mangsa bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaannya sebelum berlaku dikejar membabitkan tiga kereta.

“Ketika mengejar, suspek melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki mangsa sebelum kereta mangsa melanggar sebatang tiang di tepi jalan dan terbabas serta terbalik,” katanya.

Affandi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.



Semalam, media melaporkan pekerja syarikat pinjaman wang cedera terkena tembakan dalam kejadian kejar mengejar dan tembakan di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, di sini.

Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari itu Perodua Bezza dinaiki mangsa dikejar dua kenderaan lain dan melepaskan tembakan.

Kejadian itu mengakibatkan seorang daripada tiga mangsa terkena tembakan peluru tabur yang digunakan suspek. HM

Kejar dan tembak, pekerja syarikat pinjaman wang direman



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker