Terima kasih layan mak begini – Fauziah Sarman
Terima kasih layan mak begini – Fauziah Sarman
Konflik dalaman keluarga Shila Amzah turut terpalit suaminya, Ubai apabila ibu penyanyi itu, Fauziah Sarman menyindir individu dipercayai menantunya yang didakwa menumpang kemewahan anaknya.
Wanita berusia 55 tahun itu meluahkan rasa terkilan dengan merujuk pensohor media sosial itu sebagai ‘orang luar’ selain didakwa mula menunjukkan perangai sebenar selepas memiliki Shila.
“Untuk ‘orang luar’ yang pernah mak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan mak begini.
“Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.
“Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah. Hati mak memang sudah dikisar halus. Mak bersuara demi maruah mak.
“Banyak rahsia yang mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular,” katanya dalam Instagram tengah malam tadi.
Pada masa sama, Fauziah yang sebelum ini hanya mendiamkan diri ketika anak-anaknya berbalah menjelaskan tidak pernah menghalang Shila menjual rumah pusaka yang didiami keluarganya.
Menurut Fauziah, dia sedar kediaman tersebut merupakan milik Shila dan akui penyanyi itu mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.
Bagaimanapun, Fauziah berkata Shila pernah berjanji untuk membenarkan dia menetap di kediaman itu selama-lamanya.
“Mak tidak pernah bantah andainya ‘rumah keluarga’ yang dilabel sendiri Nurshahila sebagai ‘rumah pusaka’ untuk dijual kerana mak sedar diri, rumah itu atas nama anak emak yang popular.
“Tak perlu mengingatkan mak berkali-kali tentang itu kerana terserah untuk Nurshahila buat apa sahaja kerana ya rumah ini atas nama Nurshahila.
“Walaupun tahun lepas ketika abah lari, Nurshahila pernah cakap mujur rumah ni atas nama Shila, biarlah kekal jadi rumah pusaka, mak tinggal sampai bila-bila, jangan kisah abah tak ada, orang boleh sara mak. Ini janji Shila pada mak,” luahnya lagi.
Ibu tunggal kepada empat anak itu turut mendakwa Shila mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya disebabkan perbalahan yang berlaku berhubung isu rumah berkenaan.
“Disebabkan rumah pusaka ni juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu. Allahuakhbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham,” katanya.
Bagaimanapun, daripada tinjauan hantaran tersebut telah dipadam selepas meraih pelbagai komen negatif. K Online
Terima kasih layan mak begini – Fauziah Sarman
Baca Artikel Menarik:
- Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?
- Pendang diarah keluar Dewan lagi
- Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain
- Aku tiada di rumah masa kejadian tapi ‘live’ demi mak – Syafiq Amzah
- Skirt Vivy Yusof berharga RM16,000 tarik perhatian ramai
- Zul Ariffin kembali bercinta dengan Gayatri?
- Lima cara menekan Israel
- Kenapa Hamas serang Israel?
- Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut
- Kau ‘bantai’ kakak, adik, mak kau – bekas isteri Syafiq Amzah
- Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu
- Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh
- ‘Stay safe’ Gadot, Raja Ilya dikecam netizen sokong artis Yahudi
- Bella tak percaya suami ke, soal netizen
- Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim