Perak ikut jejak Terengganu larang ahli politik beri ceramah dalam surau dan masjid

Bukan sahaja mereka yang tidak mempunyai tauliah, malah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) turut melarang golongan ahli politik menjalankan sebarang aktiviti syarahan di masjid dan surau seluruh negeri itu.

Dalam surat pemberitahuan kepada pentadbir masjid-masjid seluruh daerah negeri itu, Pengarah Jaipk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata penetapan dibuat Jawatankuasa Pengawasan Pengawasan Agama Islam negeri Perak itu turut melarang ahli Dewan Negara dan mereka yang mempunyai jawatan dalam politik serta pernah menjadi calon pilihan raya.

“Larangan mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di mana-mana masjid dan surau yang berdaftar dengan Jaipk hendaklah terpakai kepada individu yang telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara (sentor) atau terpilih sebagai ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mana-mana negeri.



“Individu yang tiada mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak; individu yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik; dan individu yang menjadi calon bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil,” katanya dalam surut bertarikh 6 Mac.

Surat ditandatangani Harith Fadzilah itu turut menyatakan larangan itu juga dikenakan kepada individu yang telah bersara sebagai ahli Dewan Negara atau ahli Dewan Rakyat atau Adun serta didapati kekal aktif dalam kegiatan-kegiatan politik.

“Jawatankuasa kariah masjid dan jawatankuasa surau hendaklah sentiasa memantau aktiviti mengajar atau bersyarah agar selari dengan matlamat pengajaran dan syarahan pengajaran dan syarahan iaitu pengukuhan ilmu dan pemupukan perpaduan masyarakat,” katanya.

Sebelum ini beberapa jabatan agama negeri mengambil pendekatan dengan mengeluarkan larangan kepada pemimpin politik bersyarah atau menyampaikan khutbah di masjid atau surau.



Arahan itu antaranya dikuatkusakan di Terengganu

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, Shaikh Harun Shaikh Ismail dalam satu kenyataannya berkata larangan tersebut dibuat agar semua tempat ibadat umat Islam di negeri itu tidak disalahgunakan untuk tujuan politik kepartian.

Menurut Shaikh Harun arahan larangan tersebut – yang bertarikh 2 Mac – dikeluarkan ekoran Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang dukacita apabila ada ahli politik tertentu mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Bagaimanapun menurut Shaikh Harun, pengecualian diberikan kepada pemegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran daripada Maidam Terengganu.



Bagaimanapun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau.

Sebaliknya, menurut timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah menjadi satu kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai politik Islam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”



A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker