Nik Amar jawab ‘Isu Nik Abduh tidak tercalon’, sokong parti bukan individu

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan tuduhan mengatakan beliau menjadi punca yang menyebabkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak tercalon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebaliknya, Naib Presiden PAS itu menegaskan, nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu tidak tersenarai dari awal untuk kerusi DUN berkenaan.

“Itu fitnah apabila mengatakan saya yang menghalang sedangkan beliau (bapa saudara Mohamad Abduh) tidak terbabit dalam mesyuarat pimpinan parti selain tiada jawatan dalam parti.



“Saya tidak tahu dari mana sumber beliau mendapat maklumat sedemikian termasuk menyentuh surat daripada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Calon DUN Dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga calon DUN Panchor berkata, isu membabitkan Nik Mohamad Abduh sepatutnya sudah jelas apabila kedua-dua pihak iaitu Nik Mohamad Abduh dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menjelaskan perkara ini.

Nik Abduh sendiri juga mengatakan tidak berhasrat bertanding kerana mahu menguruskan sekolah agama.



“Jadi, kenapa orang lain yang perlu membuat tuduhan. Bagi saya perkara itu tidak betul,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya isu berkenaan tidak menjejaskan sokongan pengundi di DUN Chempaka dan Panchor.

“Saya tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan kerana merasakan beliau tidak mendapat maklumat yang betul. Fokus kita adalah menang dalam PRN.

“Bagi saya isu seperti ini adalah biasa terutama ketika PRN dan kita perlu hadapilah. Namun saya yakin pengundi pun bijaksana kerana kita sokong PAS, bukan sokong individu,” katanya.



Pada masa sama beliau turut menjelaskan hubungannya dengan Nik Mohamad Abduh adalah baik.

Terdahulu, adik kepada Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan Mohd Amar adalah punca kepada Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan pada PRN di Kelantan.

Nik Din Nik Mat turut mendedahkan, nama Nik Mohamad Abduh itu pada awalnya ada sebelum ditolak oleh Mohd Amar, selain Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri turut menghantar surat meminta PAS Kelantan menyenaraikan nama anak saudaranya.

Dakwanya, tindakan itu dibuat kerana calon DUN Panchor itu tidak mahu keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di Pengkalan Chepa.



Pendedahan itu dibuat menerusi satu rakaman video berdurasi dua minit 33 saat yang tular di whatsApp sejak petang semalam

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker