Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz

Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz

Syarikat Emraz Travel and Tours Sdn Bhd (Emraz) menafikan mereka bukan ‘scammer’ susulan tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung syarikat itu sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah.

Ketua pegawai eksekutifnya, Zulkarnain Endut, berkata pihak syarikat sudah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah sebelum ini.



Katanya, sama seperti syarikat pelancongan lain, syarikatnya juga berdepan dengan proses pemulihan pasca pandemik Covid-19.

“Selain berdepan dengan proses pemulihan, Emraz juga menghadapi kenaikan luar biasa harga tiket dan juga hotel di Tanah Suci.

“Sebelum ini Emraz telah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah sekali gus membukti syarikat ini bukan ‘scammer’, malah tidak mengenakan bayaran tambahan meskipun terdapat kenaikan kos,” katanya menurut Kosmo.

Hari ini, TH dalam kenyataannya berkata, keputusan penggantungan Emraz diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah ditawarkan syarikat terbabit.



“TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH dilesenkan termasuk perkhidmatan diberikan bagi ibadah umrah.

“TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji negara,” katanya.

Terdahulu FMT melaporkan, kira-kira 60 bakal jemaah umrah menyerbu pejabat sebuah agensi umrah, haji dan pelancongan bagi menuntut semula bayaran susulan pihak agensi menangguhkan perjalanan mereka ke Tanah Suci.

Agensi syarikat pengendali terbabit menerusi kenyataan berkata, penangguhan perjalanan tersebut disebabkan kenaikan mendadak kos dari segi penginapan dan tiket kapal Terbang. FMT



Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker