Ini sebab mengapa penumpang bergaduh dalam pesawat semalam

Gambar menunjukkan dua lelaki bergaduh di dalam pesawat yang berlepas datri Bangkok ke Kolkata baru-baru ini. – Bussines Today

 

BANGKOK – Satu lagi rakaman video yang menunjukkan dua penumpang yang bergaduh dalam penerbangan Thai Smile Airways dari Bangkok, Thailand ke Kolkata, India mendapat perhatian pengguna internet, lapor portal bertia WION semalam.

Dalam rakaman video tersebut, seorang penumpang yang duduk di tempat duduk 37C enggan menegakkan kerusinya sebelum pesawat berlepas, menyebabkan penumpang lain mengambil tindakan sendiri.

Selepas itu, seorang penumpang yang duduk di kerusi 41C, mula menampar pengembara tersebut yang tidak bersedia untuk menegakkan tempat duduknya di dalam pesawat berkenaan.



Seperti yang ditunjukkan oleh video itu, adegan memukul dan menampar kemudian menjadi-jadi sambil seorang pramugari cuba untuk meleraikan dan meredakan keadaan.

Selepas video itu menjadi tular, Biro Keselamatan Penerbangan Awam menuntut laporan terperinci pergaduhan itu daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

“Kami telah mengambil maklum tentang video tular itu yang menunjukkan pergaduhan antara penumpang dalam penerbangan Thai Airways ke Kolkata,” kata Ketua Pengarah Biro Keselamatan Penerbangan Awam India, Zulfiquar Hasan.

Video tular itu mendapat jutaan tontonan di internet dan turut mendedahkan isu penumpang yang tidak dapat dikawal dan keselamatan kru-kru di dalam kapal terbang. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker