Kes Hakim Nazlan: Panel Penilaian Operasi SPRM bidas dakwaan peguam

Panel Penilaian Operasi SPRM menafikan Badan Peguam Malaysia yang mendakwa bahawa suruhanjaya antirasuah itu melangkaui bidang kuasa dalam siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pengerusinya, Ahmad Rosli Mohd Sham berkata kenyataan berkenaan “tidak betul sepenuhnya”.

“Tiada agensi atau badan lain yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi dan mempunyai kecekapan untuk menyiasat kesalahan jenayah rasuah.



“Apabila SPRM menerima laporan atau aduan mengenai dakwaan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan, adalah bertanggungjawab untuk menyiasat.

“Apabila disiasat, jika didapati bukti dan fakta untuk menyokong unsur rasuah atau salah guna kuasa, ia kemudian merujuknya kertas siasatan kepada Peguam Negara.

“Selain itu, berdasarkan fakta siasatannya, dalam kes tertentu SPRM boleh juga merujuk kes untuk tindakan tatatertib mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 1975 Dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5. Tahun 1997 dengan persetujuan Pendakwa Raya,” katanya.

Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah sebelum ini menyifatkan SPRM melangkaui bidang kuasa dalam siasatan terhadap hakim itu.



Dia juga berkata timbul persoalan kenapa SPRM beroperasi “di luar bidang yang bukan dalam skop Akta SPRM 2009”, selain di luar kecekapan suruhanjaya itu.

Mengulas perkara itu, Ahmad Rosli menyorot bahawa tanpa kewibawaan SPRM dalam menyiasat kes SRC International, sabitan yang kukuh mungkin tidak dapat diperoleh.

“Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa tiada sesiapa atau pihak yang harus dikecualikan penyiasatan oleh penguatkuasa undang-undang, sama ada anggota pentadbiran, perundangan atau badan kehakiman,” katanya.

Ahmad Rosli menambah bahawa SPRM sebelum ini telah merujuk kertas siasatannya yang ada menyebut kemungkinan pelanggaran Kod Etika Hakim kepada ketua hakim negara.



Katanya, ia dilakukan atas persetujuan Peguam Negara.

Justeru, tegas Ahmad Rosli, fungsi SPRM berakhir di situ.

“Kes itu kini tertakluk kepada pertimbangan dan budi bicara ketua hakim negara sama ada untuk memulakan sebarang tindakan seperti yang digariskan di bawah Fasal 3 Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pelantikan tribunal untuk meneliti sebarang pelanggaran peruntukan Kod Etika mengenai hakim berkenaan,” katanya.

Terdahulu, peguam Najib, Shafee Abdullah dilaporkan menulis surat kepada Azalina Othman Said meminta menteri undang-undang itu mengesahkan sama ada SPRM mendapati Nazlan berkonflik kepentingan ketika mempengerusikan kes SRC International atau tidak.



Peguam Najib juga ingin tahu sama ada SPRM mendapati Nazlan telah melanggar Kod Etika Hakim atau tidak.

Dalam jawapannya kepada Shafee bertarikh 20 Mac, Azalina dilaporkan menyatakan “Saya boleh mengesahkan persoalan-persoalan yang dikemukakan bahawa soalan-soalan tersebut telah dijawab secara afirmatif.”

Siasatan SPRM dilancarkan terhadap Nazlan berhubung dakwaan yang mengaitkan hakim itu dengan perjanjian 1MDB Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd ketika bertugas dengan Maybank.

Pada 24 Feb, panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan bahawa siasatan SPRM ke atas Nazlan tidak mengikut protokol.



Tengku Maimun – yang membacakan keputusan itu – berkata meskipun Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada agensi penyiasatan jenayah seperti SPRM untuk menyiasat hakim yang sedang bersidang serta membenarkan pendakwa raya memulakan prosiding mahkamah jenayah terhadap hakim tersebut, kuasa tersebut mesti dilaksanakan dengan dengan niat baik dan hanya bagi kes-kes yang betul.

Ini penting, katanya, bagi memastikan badan kehakiman dapat menjalankan fungsinya secara bebas.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta kepada Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker