Anak mati dirempuh depan bapa

Anak mati dirempuh depan bapa

Rembau: Seorang bapa sempat keluar dari kereta dipandu dan meminta anaknya menghidupkan lampu kecemasan sebelum kenderaan itu dirempuh kenderaan lain di Kilometer 242.9, Lebuhraya PLUS berhampiran Pedas, di sini.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi tadi, mangsa, R Thiru Murugan, 26, yang masih berada di dalam kereta itu maut akibat kecederaan parah.



Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, nahas bermula apabila dua kereta dari arah Melaka berlanggar sesama sendiri.

Menurutnya, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Tucson merempuh kereta Toyota Vios dinaiki dua beranak berkenaan.

“Kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 53 tahun hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi kereta Honda City yang berada di hadapan

“Pemandu kereta Toyota Vios kemudian keluar dari kenderaan dan meminta anaknya menyalakan lampu kecemasan bagi memberi amaran kepada kenderaan lain.



“Namun sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 31 tahun hilang kawalan dan merempuh kereta Toyota Vios berkenaan.

“Akibatnya anak mangsa yang masih berada di dalam kereta Toyota Vios maut akibat kecederaan parah.

Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

“Pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan dan dirawat di sebuah hospital swasta di Senawang, manakala tiga pemandu kereta lain tidak mengalami kecederaan.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. HM

Anak mati dirempuh depan bapa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker