‘Followers’ CR7 cecah 500 juta..Menakjubkan

London: Cristiano Ronaldo mencatat satu lagi rekod apabila muncul atlet sukan pertama mempunyai setengah bilion pengikut atau ‘followers’ di media sosial dan Juventus sudah pasti mahu memanfaatkan situasi ini ketika mengadakan rundingan lanjutan kontrak dengan bintang Portugal itu demi membantu kelab menerusi pemasaran.

Dia mempunyai 261 juta pengikut di Instagram dan salah seorang yang paling ramai ‘diikuti’ di dunia. Di Facebook, hantarannya mempunyai 125 juta tanda like dan 147 juta pengikut manakala di Twitter, terdapat 91 juta pengikut.

Malah di YouTube, pengikutnya melebihi sejuta orang.

Teman wanitanya, Georgina turut mempunyai peminat yang ramai dengan 24 juta pengikut, dia salah satu akaun online yang paling laju berkembang.

Pendapatan keseluruhan Ronaldo menerusi penajaan lebih tinggi daripada pendapatan atlet profesional dan kepentingannya dapat dilihat pada setiap sektor perkhidmatan dan penjagaan diri seperti tiga pusat penanaman rambut yang besar dimilikinya di Portugal dan Sepanyol.

Juventus pula berunding dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes untuk memujuk Ronaldo menyambung kontrak 12 bulan lagi.

Kontraknya sekarang berakhir Jun 2022 dan gergasi Itali itu sedia membayar gaji lebih tinggi untuk mengekalkannya.-HM

Jumlah pengikut CR7 di media sosial:

Instagram: 261 juta

Facebook: 147 juta

Twitter: 91 juta

YouTube: 1.7 juta

“Oh No!” – Botak! Ramai Terkejut Imej Baharu Cristiano Ronaldo (CR7)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker