Korban Aidilfitri, Ibu dan bayi maut dibantai lori

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan lori tangki berhampiran Taman Sri Penawar, Kota Tinggi semalam. (Gambar Facebook)

Seorang ibu bersama bayi perempuannya berusia tiga bulan maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Tanjung Balau – Bandar Penawar berhampiran Taman Sri Penawar di sini semalam.

Pegawai Bomba Kanan, Azlan Mat Sani dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.38 tengah hari sebelum lapan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Najwa Nurshahira Kamaruzaman, 28, dan anaknya Felkah Nurnadeera Muhammad Fahmy.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah lori tangki.



“Ibu dan bayi terbabit merupakan penumpang Perodua Myvi dan mereka didapati tersepit di bahagian penumpang hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh PKO menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

Menurut Azlan, pemandu Perodua Myvi dikenali sebagai Muhammad Fahmy Ali, 30, dan dua lagi anaknya Muhammad Fakhrul Naufal Muhammad Fahmy, 8, dan Muhammad Fakhrul Naqil Muhammad Fahmy, 5, mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar di sini untuk rawatan lanjut.

“Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu lori lelaki berumur 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.46 petang.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV



“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker