Bagaimana pula kes rasuah Guan Eng boleh gugur? – Asyraf

Bagaimana pula kes rasuah Guan Eng boleh gugur? – Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta Lim Guan Eng dan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menjawab dua soalan berkaitan Pengerusi DAP itu.

Beliau bertanya bagaimana individu yang mengaku dirinya seorang akauntan yang gagal dan sedang melalui perbicaraan kes rasuah boleh pula dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk menjaga duit negara sehingga Malaysia menjadi pasaran saham paling corot dalam dunia bahkan banyak pula aset negara yang dijarah.

Selain itu, Asyraf Wajdi mempersoalkan bagaimana kes rasuah Guan Eng boleh digugurkan oleh Jabatan Peguam Negara di tengah perbicaraan setelah mahkamah memutuskan ada kes prima facie, bahkan 25 saksi telah pun dipanggil.

“Saya percaya rakyat masih menunggu jawapan selepas empat tahun,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai Guan Eng dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil serta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mahu penjelasan mengapa pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan prima facie dalam kes visa luar negara yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 3 September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo, serta ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu, selain menegaskan keputusan menarik balik kes berkenaan diputuskan Jabatan Peguam Negara.

Jabatan Peguam Negara tidak meneruskan pendakwaan kes rasuah itu selepas mendapati bukti dikemukakan di mahkamah adalah lemah. MG

Bagaimana pula kes rasuah Guan Eng boleh gugur? – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker