BN tak ketepi komponen lain soal bahagi kerusi PRN – Zambry

BN tak ketepi komponen lain soal bahagi kerusi PRN – Zambry

Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi menjelang PRN.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti komponen BN.



“Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama.

“Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee dan Adun Tebing Tinggi Aziz Bari.

Terdahulu, media melaporkan naib presiden MCA yang juga Ketua MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng, berkata perbincangan rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan itu harus merangkumi semua parti komponen. FMT



BN tak ketepi komponen lain soal bahagi kerusi PRN – Zambry

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker