Kelisa rempuh 4 lelaki Bangladesh, seorang ditidurkan

Kelisa rempuh 4 lelaki Bangladesh, seorang ditidurkan

Empat lelaki warga Bangladesh cedera selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di KM51, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Jambu Bongkok, Merchang, Marang.

Ketua Polis Marang, Mohd Zain Mat Dris, berkata kejadian berlaku ketika empat rakan terbabit berjalan untuk pulang ke rumah mereka sebelum dilanggar sebuah Perodua Kelisa dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun pada 12.30 tengah hari tadi.



Katanya, sebelum kejadian pemandu kereta terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke rumahnya di Kampung Shukur, Dungun.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kelisa itu dikatakan hilang kawalan lalu terlanggar empat lelaki terbabit yang sedang berjalan kaki di bahu kiri jalan untuk pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli barangan di kedai runcit di kampung berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.

Zain berkata, akibat kejadian itu, seorang daripada mangsa, Md Shiblu Rahman, 39, terpaksa ditidurkan, manakala tiga lagi rakannya, Md Bulbul Sikder, 38, cedera bahu kanan, Md Abdur Roshid, 39, cedera paha kanan, manakala Md Hridoy Khan, 28, patah paha kanan dan dirawat di Hospital Dungun.

“Semua mangsa adalah warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh di sebuah tapak projek solar di kampung berkenaan. Pemandu Perodua Kelisa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai tukang jahit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. FMT

Kelisa rempuh 4 lelaki Bangladesh, seorang ditidurkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker