ATM nafi hantar tentera ke Palestin

ATM nafi hantar tentera ke Palestin

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan penglibatan anggota tentera ke Palestin seperti yang ditular menerusi platfrom Tik Tok.

Markas ATM, dalam kenyataan malam tadi mengesahkan ia adalah video lama mengenai sekumpulan anggota ATM yang ditugaskan ke Lubnan pada 2022.



Markas ATM memaklumkan video berdurasi seminit 36 saat itu, disiarkan menerusi akaun milik @adamjohan64 (https://www.tiktok.com/@adamjohan64/video/7289646712036150530?_r=1&_t=8gWzupPDTke ).

“ATM telah meneliti kandungan video tersebut dan mendapati ia merupakan sebuah video lama mengenai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850- 10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada tahun 2022.

“ATM menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Markas ATM meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.



“Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” menurut kenyataan itu.

ATM nafi hantar tentera ke Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker