Polis Israel lepaskan bom asap di pekarangan Masjid Al-Aqsa


Hanya beberapa jam selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas, polis Israel dilapor melepaskan bom asap dan gas pemedih mata ke arah warga Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Al-Jazeera melaporkan bahawa kejadian itu berlaku sebaik selepas solat Jumaat ketika jemaah melaungkan slogan meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

Namun, polis kemudiannya dikatakan bertindak melepaskan bom asap dan gas pemedih mata kepada jemaah, selain turut mengacu senapang ke arah orang awam yang berada berhampiran.

Sementara itu, Berita Harian memetik jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld yang mendakwa rusuhan berlaku di kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa.



“Ratusan orang melempar batu dan bom petrol ke arah anggota polis yang bertindak balas di tempat kejadian dan mula menyuraikan perusuh.

“Unit polis berada di tempat kejadian,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Terdahulu, ribuan warga Palestin dari wilayah Timur Baitul Maqdis membanjiri kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa sejak pagi Jumaat untuk meraikan gencatan senjata.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada hari Jumaat, jam dua pagi waktu tempatan, susulan 11 hari serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza. Mk



Israel umum gencatan senjata

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker