Shila Amzah tak mahu panas lagi

Shila Amzah tak mahu panas lagi

Penyanyi Shila Amzah, 33, memutuskan berdiam diri mulai sekarang selepas dihambat kontroversi membabitkan keluarga silih berganti, sejak beberapa bulan lalu.

Shila atau nama sebenar, Nurshahila Amir Hamzah percaya setiap perkara yang berlaku termasuk kontroversi memerlukan masa untuk reda.



Shila yang bersaing dalam musim ketiga program realiti kekeluargaan Famili Duo (FD3) terbitan TV3, tidak mahu terlalu memaksa perkara yang masih belum tiba masanya, selain yakin dengan doa yang sering dipanjatkan kepada Ilahi.

“Saya hanya boleh doa supaya perkara ini dapat reda secepat mungkin. Saya tidak berani hendak cakap lebih sebab ini hal keluarga.

“Alhamdulillah, walaupun dengan apa yang berlaku ketika ini, saya masih dikelilingi individu yang membuatkan saya terus kuat.

“Suami (Ubai) tidak pernah buat saya seolah-olah keseorangan,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya konsert minggu pertama FD3 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Studio TV3, Glenmarie di sini, malam tadi.



Ditanya kesediaan bertemu ibu, Fauziah Sarman selepas hubungan mereka dilihat ‘dingin’ sejak kebelakangan ini, penyanyi lagu Patah Seribu itu menanti waktu sesuai.

“Sudah tentu saya akan berjumpa (emak), cuma bila, biarlah masa dan jodoh menentukan. Jadi, harapnya semua dapat doakan yang terbaik,” katanya.

Baru-baru, selepas kecoh perceraian ibu bapa, adik Shila, iaitu penyanyi, Syada mendakwa dia dan adik-adik lain terpaksa keluar daripada rumah banglo milik Shila kerana bakal dijual.

Bagaimanapun, Shila dilapor menafikan dakwaan menghalau keluarganya. Sebaliknya, Shila mendakwa mahu menjual banglo terbabit kerana ingin membeli kediaman baharu yang lebih selesa buat ibu mereka.



Shila bersyukur dikelilingi ramai sahabat baik dan memahami keadaannya, sekaligus mampu memberi kekuatan untuk menempuh dugaan mendatang.

“Ada kawan-kawan rapat termasuk yang dalam industri seni membuatkan saya mampu mengendalikan keadaan ini dengan lebih terkawal.

“Bukanlah saya hendak cakap yang saya tidak tertekan langsung. Ada hari yang saya tidak boleh tidur dengan nyenyak. Tapi, disebabkan saya dalam bidang seni, saya perlu sentiasa kelihatan okay.

“Kalau balik duduk seorang diri di rumah, mustahil saya tidak ‘koyak’. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, saya baik sebab dikelilingi orang yang selalu beri aura positif,” katanya.



Sementara itu, mengulas persembahan minggu pertama FD3 bersama adiknya, Syahir Amzah yang tidak lancar berikutan mikrofon tidak berfungsi dengan baik, Shila tetap positif.

“Perkara itu kami tidak jangka kerana pada sesi raptai, semuanya lancar. Tetapi, disebabkan perkara itu hendak terjadi, maka ia tetap berlaku. Apa yang penting, selepas ini kami perlu lakukan lebih baik.

“Kalau hendak kata kecewa itu memang tidak. Kami sudah berusaha sehabis baik dan seterusnya hanya perlu berserah. Masalah teknikal ini sebenarnya memang susah dielak,” katanya. BH

Shila Amzah tak mahu panas lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker