‘Saya menggeletar lihat pesawat hilang kawalan sebelum terjunam ke tanah’

‘Saya menggeletar lihat pesawat hilang kawalan sebelum terjunam ke tanah’

KLANG: “Saya terkejut, berdebar dan badan menggeletar apabila melihat sebuah pesawat hilang kawalan disusuli beberapa bunyi letupan sebelum pesawat itu terjunam ke tanah,” kata Jinaidi Nasiran, 55, saksi kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, tengah hari tadi.

Beliau yang juga penyelia kilang berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menukar tayar kereta di luar rumah dan terkejut mendengar bunyi bising yang datangnya daripada sebuah pesawat ringan yang hilang kawalan.



“Saya melihat pesawat itu hilang kawalan sebelum terjunam disusuli bunyi dentuman kuat.

“Saya kemudian ke lokasi itu (pesawat terjunam) yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah saya dan mendapati pesawat itu sudah terbenam ke tanah kebun berkenaan.

“Saya tidak nampak mangsa, hanya melihat ekor pesawat saja, manakala badan pesawat mungkin terjunam ke dalam tanah.

“Ada juga penduduk nampak tayar dan sayap pesawat itu di lokasi lain, tetapi badan pesawat ada di sini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



Jinaidi berkata, dia tidak pernah melihat pesawat berlegar-legar di kawasan rumahnya sebelum ini.

Tinjauan wartawan di lokasi kejadian mendapati, sepasukan anggota polis dan bomba sedang menjalankan siasatan di sekitar lokasi berkenaan, manakala pos kawalan dibuka di lokasi kejadian di kawasan perkarangan rumah Jinaidi.

Kawasan itu juga turut disekat garisan tali kuning bagi langkah keselamatan dan mengelak dikerumuni orang ramai. BH

‘Saya menggeletar lihat pesawat hilang kawalan sebelum terjunam ke tanah’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker