Kanak-kanak derita sejam zip tersangkut hidung

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung derita selama sejam selepas zip beg tersangkut dalam lubang hidung kanan di Kapar, lewat petang tadi.

Difahamkan, insiden itu berlaku apabila mangsa berusia lima tahun bermain zip begnya sebelum disedari ibunya berusia 37 tahun kira-kira pukul 6.30 petang selepas pulang dari kerja.

Ibu mangsa kemudiannya membawanya ke sebuah klinik swasta di Meru sebelum diminta ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar untuk tindakan seterusnya.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai BBP berkenaan terlibat dalam operasi bermula kira-kira pukul 7.32 petang.

Katanya, pihak bomba mendapati zip tersebut tersangkut dalam hidung kanak-kanak berkenaan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira enam minit bagi mengeluarkan zip itu menggunakan penyepit khas.

“Tiada kecederaan pada kanak-kanak sebelum diserahkan kepada ibu mangsa untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya ketika dihubungi hari ini



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker