Aaron Aziz Tangguh Pembedahan, Tumor Makin Membesar

Aaron Aziz Tangguh Pembedahan, Tumor Makin Membesar

PERNAH sebelum ini, aktor kacak, Datuk Aaron Aziz pernah mendedahkan dirinya mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher atau dipanggil cervical spondylosis.

Namun dalam perkembangan terbaharu, Aaron, 46, memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan kerana keadaan tumor semakin membesar dan terpaksa bercuti panjang.



Bagaimanapun, katanya dia terpaksa menangguhkan buat sementara waktu memandangkan terikat dengan tuntutan kerja.

“Selepas 90 minit berada dalam benda ini, MRI (pengimejan resonans magnet), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan.

“Tumor ini semakin besar kata doktor, Tapi tak boleh (bedah) sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ini,” coretnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, Aaron juga menyatakan dia terpaksa bekerja dalam kesakitan dan bergantung dengan ubat-ubatan.



“Jadi buat masa ini saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Working in pain, hanya Allah tahu apa yang saya rasa.

“Korang tengok abang senyum sana, ketawa sini tapi korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan.,” Luah bapa kepada tiga cahaya mata itu lagi mengenai situasi yang sedang dilalui.

Menerusi hantaran berkenaan, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz itu turut memuat naik rakaman video keadaan dirinya dimasukkan ke dalam mesin MRI.

Dia menyertakan tanda pagar #cervicalspondylosis iaitu penyakit pada bahagian tulang belakang di leher dan #schawannoma yang juga ketumbuhan yang terbentuk dalam sistem saraf.



Terdahulu, Aaron pernah membuat pendedahan mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak hampir 10 tahun lalu.

Kali pertama dia berhadapan kesakitan tersebut pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.

Begitupun, sebelum ini anak seni asal Singapura itu tidak pernah memaklumkan keadaaan penyakitnya mempunyai kaitan dengan tumor atau ketumbuhan.

Aaron Aziz Tangguh Pembedahan, Tumor Makin Membesar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker