Guns N’ Roses umum konsert di Singapura

Guns N’ Roses umum konsert di Singapura

Kumpulan rock ikonik, Guns N’ Roses mengumumkan bakal mementaskan konsert satu malam di Stadium Nasional Singapura pada 12 November depan.

Ini kali kedua band rock yang popular dengan lagu Sweet Child O’ Mine itu beraksi di republik berkenaan selepas kunjungan pertama pada 2017, lapor agensi.



Tiket konsert berharga antara S$128 (RM409) hingga RM921 akan mula dijual pada 28 Julai depan melalui Ticketek, Sports Hub dan GHY Culture & Media.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah Guns N’ Roses yang dianggotai Axl Rose, Slash dan Duff McKagan akan singgah ke kota lain di Asia Tenggara selepas persembahan di Singapura, lapor agensi.

Namun, dalam perkongsian di akaun Instagram (IG) rasmi kumpulan itu, Guns N’ Roses mengumumkan bakal beraksi di Bangkok, Thailand pada 9 November depan, tiga hari sebelum konsert di Singapura.

Sebelum ini, band berkenaan mengumumkan mereka akan menjelajah Australia dan New Zealand selepas konsert di Kota Singa.



Sementara itu, memetik sumber daripada syarikat hiburan langsung, TEG Dainty dan G.H.Y Culture and Media, perancangan membawa Guns N’ Roses ke negara lain di Asia Tenggara masih dibuat, lapor agensi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TEG Dainty, Paul Dainty berkata, mereka tidak sabar menyambut kehadiran kumpulan yang popular dengan lagu November Rain itu, lapor agensi.

“Mengumumkan siri jelajah kumpulan antarabangsa yang hebat ini selaras usaha melangkah keluar daripada tempoh paling mencabar dalam sejarah hiburan. Ini benar-benar menggembirakan kami.

“Kami tidak sabar kembali mengusahakan perniagaan dan memilih siapa yang baik untuk siri jelajah antarabangsa melainkan Guns N’ Roses.



“Menyaksikan kumpulan ini bersatu semula di pentas Singapura seperti siri jelajah Not In This Lifetime sebelum ini semestinya pengalaman yang tidak dapat dilupakan peminat,” katanya.

Sebelum ini, Axl Rose mengesahkan dirinya mendapat rawatan doktor dipercayai ada kaitan dengan masalah kesihatan selain dipantau jurulatih vokal, hingga band itu terpaksa menangguhkan konsert di Glasgow, Scotland, United Kingdom (UK), lapor agensi.

Guns N’ Roses yang ditubuhkan di Los Angeles pada 1985 mempunyai banyak lagu hit antaranya Welcome to the Jungle; Don’t Cry, Civil War dan Patience.

Band itu mula menawan dunia muzik apabila album sulung, Appetite for Destruction dilancarkan pada 1987. BH



Guns N’ Roses umum konsert di Singapura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker