Ini 37 lokasi panas di Perak

Polis mengenal pasti sebanyak 37 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini dan akan diberi lebih tumpuan pada Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, 37 lokasi panas itu membabitkan empat lokasi di daerah Kampar, Muallim (3), Tapah (3), Hilir Perak (2), Sungai Siput (2), Manjung (5), Taiping (3), Ipoh (5), Batu Gajah (2) dan Gerik (8).

Katanya, sebanyak 10 lokasi hitam turut diberi perhatian melibatkan kawasan di Tapah, Ipoh, Kerian, Taiping dan Kuala Kangsar.



“Matlamat utama kita adalah untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan mereka mematuhi peraturan dan arahan yang dikuatkuasa.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan agar berhati-hati semasa memandu dengan tidak melakukan kesalahan sama yang sering dilakukan termasuk memandu di garisan berkembar, memotong di garisan kecemasan dan memandu tidak mengikut kelajuan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kontinjen Perak di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang akan menempatkan anggotanya untuk membantu polis melancarkan aliran trafik terutama di persimpangan jalan raya dan kawasan lampu isyarat.



Katanya, anggota Rela juga akan ditugaskan menjaga di persimpangan susur masuk dan keluar di lebuh raya.

“Seramai 79 pegawai kanan dan 476 anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak akan terlibat dalam penugasan sepanjang Op Selamat 20 bermula 20 hingga 28 April depan,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan statistik kemalangan Op Selamat 18 tahun lalu, penunggang motosikal menjadi penyumbang kemalangan tertinggi dengan 10 kematian daripada keseluruhan 12 kes.

“Tahun lepas sebanyak 1,723 kes kemalangan telah direkodkan. Daripada jumlah itu, 1,230 kes melibatkan pemandu kereta diikuti penunggang motosikal 186 kes dan kenderaan berat seperti bas dan lori sebanyak 45 kes,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa



Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker