Jokowi Kekal Sebagai Presiden Indonesia
JAKARTA 27 Jun – Mahkamah Konstitusi menolak permohonan Prabowo Subianto-Sandiaga Salahuddin Uno yang mencabar keputusan pilihan raya Presiden 2019 (Pilpres) sekali gus mengekalkan Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua.
Antara News melaporkan, Ketua Hakim MK, Anwar Usman memberitahu, keputusain itu dibuat selepas panel hakim sebulat suara menolak permohonan itu.
Ketika membacakan keputusannya, hakim memberitahu pemohon gagal mengemukakan bukti yang jelas bagi menyokong dakwaannya itu.
“Justeru, ia tidak dapat dibuktikan dan tuduhan itu dianggap tidak berasas mengikut undang-undang,” ujarnya.
Dalam permohonan, Prabowo-Sandi mendakwa berlakunya penipuan secara struktur, sistematik dan besar-besaran (TSM) dalam Pilpres. -AGENSI