Konflik PKR: Apa motif Faizah minta Zuraida berundur?

Konflik PKR: Apa motif Faizah minta Zuraida berundur?

Konflik PKR

KUALA TERENGGANU – Tindakan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Faizah Ariffin yang meminta Zuraida Kamaruddin mengangkat kaki keluar parti dilihat sebagai tidak beretika.

Ketua Wanita PKR Terengganu, Sharifah Norhayati Syed Omar berkata, pihaknya kesal memandangkan kenyataan sedemikian dibuat oleh pemimpin kanan sayap parti dan melihat tindakan Faizah telah menimbulkan banyak spekulasi negatif terhadap PKR.



“Ramai yang tertanya-tanya kenapa Faizah sebegitu berani. Apakah motif beliau sebenarnya. Di saat parti dihidangkan dengan pelbagai polemik, kemelut dan fitnah baharu, sepatutnya kita sebagai pendokong parti berganding bahu demi memperkukuhkan parti.

“Malangnya Faizah memilih untuk muncul seperti badut untuk menenggelamkan banyak usaha dan isu yang sedang pemimpin kita perjuangkan untuk rakyat,” katanya.

Mesyuarat Biro Politik PKR baru-baru ini telah menetapkan tiada sebarang tindakan akan diambil ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan isu video intim, melainkan diberi surat tunjuk sebab.

Bagaimanapun, Zuraida yang memegang jawatan Naib Ketua PKR mendesak agar Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat Haziq, menyebabkan Faizah menyarankan agar Zuraida meninggalkan parti itu jika tidak lagi menghormati keputusan bersama yang dibuat pucuk pimpinan.



Sharifah Norhayati menjelaskan, ini bukanlah kali pertama Faizah mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang sopan terhadap Zuraida di media sosial.

“Faizah juga pernah membuat tuduhan liar yang gagal dibuktikan kebenarannya. Namun, beliau terlepas daripada sebarang tindakan atau aturan disiplin parti.

“Maka kali ini saya menggesa agar pimpinan tertinggi parti tidak menutup mata. Tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil terhadap beliau, agar tiada lagi ulangan episod yang sama.

“Budaya memperlekeh dan menghina peribadi yang dibawa Faizah ini harus segera dihentikan, jika dibiarkan ia akan berkembang menjadi ‘virus’ yang amat membahayakan parti,” katanya.



Beliau turut menuntut satu permohonan maaf secara terbuka dibuat Faizah untuk segala sikap biadab terhadap Zuraida.

SINAR HARIAN

Konflik PKR


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


Zuraida: PKR sudah ‘mati’?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker