Certot Buku Log Hitam

Ada seorang broker tubuhkan sebuah syarikat Siara Lawa Sdn Bhd. Beliau membuat pakatan dengan sebuah syarikat IT untuk mendapatkan kontrak kerajaan.

Oleh kerana hubungan baik beliau dengan Menteri dan janji untuk membantu parti, Menteri beri sokongan supaya syarikatnya membekal perkhidmatan kepada kerajaan.

Berbekalkan surat sokongan dan lorongan kewangan beliau pun mula memberi suapan dan menjual nama Menteri kepada beberapa pegawai kanan kerajaan supaya dapat satu perjanjian berat sebelah yang menguntungkan syarikatnya.

Setelah dapat projek tersebut dan untung besar beliau memikirkan cara terbaik untuk “songlap” wang syarikat daripada rakan usahasama ini.



Beliau mendakwa perlukan wang tunai bagi membayar Menteri dan para pegawai menteri.

Rakan usahasama ini memberi wang yang diminta dan mamat ini membuat catatan pemberian tunai tersebut dalam buku log kepada puluhan individu termasuk Menteri.

Masalahnya tiada siapa dapat mengesahkan sama ada wang tersebut diberi kepada mereka yang dicatatnya; atau ia hanyalah catatan palsu bagi mengelabui mata rakan usahasamanya.

Melihat kehidupan mewah beliau di luar negara timbul keraguan siapa sebenarnya yang mengambil wang tersebut.



Ab Jalil Backer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker