Guan Eng ini kalau satu hari tak menipu, dia tak selesa – Najib

Share

Guan Eng ini kalau satu hari tak menipu, dia tak selesa.

Hari ini, dia tuduh sebanyak RM150 bilion telah hilang akibat rasuah kerajaan terdahulu dan ini menjejaskan keupayaan untuk kerajaan PH untuk berbelanja.

Ini satu lagi pembohongan Guan Eng.


Pertama sekali, perbelanjaan kerajaan PH untuk tahun 2019 dan 2018 adalah jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun di bawah BN.

2015- RM274 bilion
2016 – RM259 bilion (diturunkan berbanding bajet asal pada ubahsuai bulan Jan 2016 setelah harga minyak dunia jatuh ke bawah US$30 satu tong)
2017 – RM261 bilion
2018 – RM286 bilion
2019 – RM315 bilion

Ini termasuk bajet tambahan untuk tahun 2018 sebanyak RM19.6 bilion yang diluluskan kerajaan PH pada bulan April 2019 akibat kerajaan PH terlebih belanja:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/548910/parlimen-lulus-bajet-tambahan-rm196b


Kenapa pula Guan Eng kata bajet kerajaan terdesak sekarang?

Ini sebabnya:

1. SST menggantikan GST serta 3 bulan bebas cukai GST/SST tahun lepas menyebabkan hasil negara turun dengan banyak.


2. Andaian tidak bijak untuk harga minyak dunia pada tahap US$72 satu tong semasa merangka bajet tahun 2019 menyebabkan hasil kerajaan kekurangan kerana purata harga minyak tahun ini jauh di bawah andaian ini.

3. Ekonomi yang lembab memberi kesan kepada hasil cukai yang dikutip untuk tahun ini.

4. Kerajaan PH membiayai pelbagai projek kesayangan seperti projek Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang (PTMP) sebanyak RM46 bilion, projek kereta nasional ke-3, projek kereta terbang dan entah apa lagi.

Untuk setahun lebih, Guan Eng juga kata 1MDB hilang RM30 bilion.

Dua bulan kemudian, dia kata 1MDB hilang RM52 bilion pula.

Kini dia memberi gambaran bahawa jumlah kehilangan 1MDB adalah sebanyak RM150 bilion.

Kebenarannya ialah 1MDB tak hilang RM30 bilion. Kerajaan tak pernah bayar RM30 bilion kepada 1MDB. Wang itu dipinjam.

Ini bermakna 1MDB masih ada hutang RM30 bilion yang perlu dibayar pada tahun 2039.

Tapi, 1MDB ada perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana kita boleh mendapat balik semua wang yang didakwa hilang setelah dihantar dan dijamin oleh IPIC sebelum 31 Disember 2020.
Ini diakui oleh peguam negara PH pada bulan lepas:

1MDB juga ada projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion dan projek TRX RM40 bilion yang kini dipuji-puji oleh kerajaan PH sebagai projek penting dan amat menguntungkan.

Semua ini tentu akan membolehkan 1MDB jelaskan segala hutang mereka sebelum tempoh pinjaman tamat pada tahun 2039 serta memberi keuntungan.

Tapi Guan Eng tidak akan menjelaskan semua ini kepada rakyat.

Kalau ditanya, dia akan buat bodoh dan membisu sahaja.

Saya jangka selepas ini, Guan Eng akan cuba menyalahkan BN kerana hutang negara telah naik dengan kadar jauh lebih cepat di bawah mereka serta memberi keuntungan besar.

Dia akan cakap “rasuah BN” memaksa PH meminjam.

Dia tidak akan tak mengaku kelemahan sendiri dan tetap cuba untuk menyalahkan BN untuk segala-galanya.

Najib Razak

Leave a Reply