Sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov Kekal Rekod Tanpa Kalah 13-0 Dalam Bellator 263 [VIDEO]

Sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov Kekal Rekod Tanpa Kalah 13-0 Dalam Bellator 263 [VIDEO]

USMAN Nurmagomedov berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya menerusi kemenangan ke-13 berturut-turut dalam acara Bellator 263, sebentar tadi.

Aksi lightweight yang berlangsung di Inglewood, California itu menyaksikan Usman menumpaskan Manny Muro dari Amerika Syarikat menerusi TKO pada minit 3:30 pusingan pertama.

Perlawanan bermula garang dengan Usman mendominasi perlawanan sejak minit awal pusingan melalui beberapa tendangan padunya ke arah Muro, sekali gus menyekat kemaraan lawannya itu.





Dia kemudiannya membuat percubaan ‘rear-naked-choke’ terhadap Muro, namun gelutan yang diberikan Muro menyukarkan Usman untuk melaksanakan kuncian tersebut.

Tidak melepaskan lawannya begitu sahaja, Usman menjatuhkan Muro ke lantai sebelum menghujaninya dengan beberapa siri tumbukan — memaksa pengadil Frank Trigg mencelah dan menghentikan pertarungan.

Dengan kemenangan tersebut, Usman melebarkan rekod profesional MMA-nya kepada 13 – 0.

Usman, 23, merupakan sepupu kepada bekas jaguh lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.



Usman membuat penampilan sulungnya di Bellator MMA pada April tahun ini di mana dia menewaskan petarung Amerika Syarikat, Mike Hamel menerusi keputusan sebulat suara.

Sementara itu dalam acara utama, A.J McKee dari Amerika Syarikat berjaya merampas kejuaraan featherweight milik ‘Pitbull’ Patricio Freire melalui kemenangan pada pusingan pertama.

McKee menumpaskan lawannya dari Brazil itu menerusi kuncian ‘guillotine choke’ pada minit 1:57.



Dengan keputusan tersebut, McKee turut meraih gelaran Kejuaraan Fatherweight Grand Prix Dunia Bellator, selain melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 18-0.

Sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov Kekal Rekod Tanpa Kalah 13-0 Dalam Bellator 263 [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khabib Bakar Semangat Dunia Islam. #SavePalestin



White dah putus asa pujuk Khabib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker