Ketua Pemuda Amanah kritikal, ditidurkan akibat Covid-19

Ketua Pemuda Amanah kritikal, ditidurkan akibat Covid-19

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin yang dilaporkan positif Covid-19 tahap empat pada 24 Julai lalu kini dilaporkan agak kritikal dan telah ditidurkan.

Berita berkenaan dikongsi Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasrullah Nasir menerusi Twitternya.



Dalam satu catatan ringkas, Akmal memaklumkan rakan seperjuangannya itu kini mengalami jangkitan Covid-19 tahap lima dan memohon semua mendoakan kesembuhan Shazni.

“Shazni kini ditidurkan, sudah masuk ‘stage’ 5 Covid-19. Ya Allah, Kau lindungilah beliau, berikan kesembuhan, berikan kekuatan kepada beliau. Mohon sama-sama doakan,” katanya.

Pada 24 Julai lalu, Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullotfi memaklumkan selain Shazni, isteri dan anak-anaknya turut dijangkiti Covid-19.
FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Ketua Pemuda Amanah kritikal, ditidurkan akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker