Umrah awal tahun depan, sukar tahun ini

Umrah awal tahun depan, sukar tahun ini

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menjangka rakyat Malaysia akan berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah seawal tahun hadapan.

Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata biarpun Arab Saudi sudah memberi kebenaran untuk jemaah luar negara termasuk dari Malaysia untuk mengerjakan umrah, faktor dalaman di negara ini mengakibatkan ia sukar dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.



Katanya, Malaysia ketika ini sedang berdepan gelombang jangkitan COVID-19 yang tinggi malah perintah pergerakan juga dijangka tidak berakhir hingga hujung tahun ini.

“Sememangnya PAPUH termasuk ramai rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menjadi jemaah umrah tetapi kita tidak jangka ia boleh ditunaikan dalam tempoh terdekat ini, kemungkinan selepas berakhirnya Disember nanti.

“Sebenarnya kerajaan Arab Saudi sudah memberi kebenaran kepada jemaah luar termasuk dari Malaysia sejak mereka membuka ibadah itu pada 1 Muharam lalu. Tetapi di Malaysia kita mempunyai halangan tersendiri termasuklah dari segi kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta permohonanMyTravelPass,” katanya kepada BH, hari ini.

PAPUH merayu agar kerajaan mempertimbangkan perkara ini sekurang-kurangnya membuka kepada jumlah jemaah yang terkawal disebabkan agensi pada setiap hari menanggung kerugian dan perlu untuk beroperasi, Pengerusi PAPUH Datuk Seri Razali Mohd Sham
PAPUH merayu agar kerajaan mempertimbangkan perkara ini sekurang-kurangnya membuka kepada jumlah jemaah yang terkawal disebabkan agensi pada setiap hari menanggung kerugian dan perlu untuk beroperasi, Pengerusi PAPUH Datuk Seri Razali Mohd Sham
Hari ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan berkata lebih 20,000 jemaah daripada dalam dan luar negara itu akan menunaikan umrah dalam tempoh beberapa hari lagi.



Menurut laporan itu, jurucakap kementerian, Hisham Bin Saeed, berkata kebenaran hanya diberikan kepada jemaah dari negara yang tidak terikat dengan larangan kemasukan oleh Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA).

Negara yang berdepan larangan perjalanan adalah India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Vietnam, Afghanistan dan Lubnan.

Mengulas lanjut, Razali berkata, sekiranya kerajaan membenarkan umrah dilakukan, pihak agensi umrah akan mengikuti setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kedua-dua buah negara.

“Kita merayu agar kerajaan mempertimbangkan perkara ini sekurang-kurangnya membuka kepada jumlah jemaah yang terkawal disebabkan agensi pada setiap hari menanggung kerugian dan perlu untuk beroperasi,” katanya.



Beliau berkata, disebabkan pembukaan umrah oleh Arab Saudi, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk membenarkan agensi pelancongan mengadakan pengiklanan syarikat dan produk yang ditawarkan.

“Ketika ini, pengiklanan sedemikian tidak dibenarkan berlangsung tetapi kerajaan harus sedar, setiap agensi mempunyai kakitangan yang perlu ditanggung serta dibayar gaji dan sekiranya pengiklanan ini dibenarkan, mereka boleh beroperasi dalam keadaan semasa.

“Janganlah apabila umrah dibenarkan, baru kita mahu memulakan iklan. Melalui iklan sedemikian, mahu rakyat yang mahu mengerjakan umrah tahu, kita agensi ini masih lagi beroperasi,” katanya. BH

Umrah awal tahun depan, sukar tahun ini




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker