Tikam anak saudara kerana dengar ‘suara’, lelaki dihukum mati

Tikam anak saudara kerana dengar ‘suara’, lelaki dihukum mati

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh anak saudara perempuannya, tiga tahun lalu.

Hakim Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Safuan Ramli, 30, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.



Safuan dituduh membunuh Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin berusia tiga tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Felda Cherul Dua di Kemaman, pada 1 tengah hari, 27 Jan 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Hassan dalam penghakimannya berkata, walaupun pihak pembelaan mengatakan tertuduh membunuh tanpa niat kerana mendengar “suara”, namun mahkamah berpendapat lelaki itu waras ketika melakukan perbuatan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Md Zain.



Sebelum ini media melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur. FMT

Tikam anak saudara kerana dengar ‘suara’, lelaki dihukum mati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek



Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker