Tak guna popular di media sosial kalau tak dapat undi

#PRU15

Tak guna popular di media sosial kalau tak dapat undi

SUNGAI BULOH: Populariti di media sosial semata-mata tidak memberi erti kepada calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika ia tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk undi.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, berkata popular di media sosial adalah sesuatu yang bagus namun paling penting calon terbabit diterima pengundi.



“Tidak guna popular di media sosial, tetapi akhirnya tidak dapat undi daripada pengundi.

“Saya akan guna peluang kempen ini untuk berjumpa seramai mungkin pengundi untuk menyampaikan visi saya kepada kawasan Sungai Buloh, untuk pengundi menilai sama ada visi ini sesuatu yang dapat membantu mereka atau tidak,” katanya kepada media selepas Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas popularitinya yang melonjak selepas dinamakan sebagai calon di Sungai Buloh hingga desas desus Pakatan Harapan (PH) menimbang untuk menukar calon lain bagi bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Khairy dijangka menerima tentangan calon PH, R Ramanan dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Ghazali Md Hamin.



Khairy hari ini turut memulakan langkah mendekati penduduk menerusi lawatan ke Klinik Kota Damansara selain merasmikan kejohanan sukan dan olahraga Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, Kota Damansara selain tinjauan mesra di Subang Perdana.

Selain itu beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, manifesto untuk Sungai Buloh akan diumumkannya pada minggu depan.

“Ada satu perancangan besar untuk Hospital Sungai Buloh termasuk mengangkat hospital ini sebagai destinasi perubatan berkelas dunia.

“Ini projek besar yang sudah ada peruntukannya, dengan kepakaran dan perancangan sedia ada tidak mustahil ia boleh dilaksanakan,” katanya.



Sementara itu menerusi video dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini, Khairy berkata BN perlu berani menawarkan khidmat di kawasan bandar jika ingin berubah ke arah lebih baik.

“Sekarang Malaysia sudah mencapai 77 peratus kadar urbanisasi. Saya tahu di kebanyakan kawasan bandar, BN tidak menjadi pilihan pengundi, tapi jika BN mahu berubah ke arah yang lebih baik, kita mesti berani menawarkan khidmat kita di kawasan bandar.

“Kita tidak boleh hanya menjadi wakil di kawasan pedalaman, kita perlu mewakili seluruh rakyat Malaysia dan cukup berani menawarkan perkhidmatan kita di bandar-bandar.

“Bila kita mewakili orang bandar, polisi kita juga akan lebih mengambil kira isu yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia iaitu penduduk kawasan bandar,” katanya.



Beliau berkata, ini bukan menidakkan pembangunan di kawasan luar bandar atau pedalaman, itu tetap sangat penting.

“Tapi jangan kita anggap semua yang duduk di bandar senang, kehidupan di bandar mencabar dengan isu seperti kos sara hidup, perumahan, akses ke klinik kesihatan, kesesakan trafik, pengangkutan awam, banjir kilat, isu alam sekitar dan macam-macam lagi

“Saya akan beri cadangan penyelesaian dalam manifesto Sungai Buloh dalam beberapa hari lagi.

“Jadi setelah saya jaga kawasan kampung selama tiga penggal (di Rembau), saya bersedia untuk cabaran baharu, datang ke bandar untuk membela anda dan kawasan bandar,” katanya. BH



Tak guna popular di media sosial kalau tak dapat undi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker