Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Jalani Operasi

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Jalani Operasi

Dua anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) disahkan meninggal dunia selepas dihempap pokok ketika menjalani operasi.

Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang meninggal dunia itu adalah Sarjan Mohd Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, kejadian berlaku pada 2.30 pagi hari ini di pangkalan sementara di kawasan operasi pasukan yang dilanda ribut kencang.

“Bagaimanapun, pada 2.50 pagi selepas suasana tenang, pemeriksaan keselamatan dilaksanakan dan mendapati kedua-dua anggota meninggal dunia akibat ditimpa pokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, TDM menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham Sarjan Mohd Kamal iaitu Koperal Siti Nafishah Mohd Nasir dan isteri Allahyarham Koperal Muhammad Zaki, Nurummi Amirah Chepa serta seluruh ahli keluarga Allahyarham berdua.

“Jenazah Sarjan Mohd Kamal akan dikebumikan di Sungai Petani, Kedah, manakala jenazah Koperal Muhammad Zaki akan dikebumikan di Chuping, Perlis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden menimpa dua anggota tentera ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum, Gerik, itu kira-kira 11.50 pagi hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa, Mohd Kamal dan Muhammad Zaki dari Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.

“Kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan dari kawasan operasi tentera menggunakan helikopter Angkatan Tentera Malaysia ke Batalion Ke-2 Kem Sungai Ara sebelum dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Polis Perak merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua mangsa di atas kejadian terbabit,” katanya menerusi kenyataan malam ini.-HM

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Jalani Operasi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker