Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warganya.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, Wilayah Persekutuan menjadi salah satu nadi pentadbiran.
“Selamat Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Hari ini kita meraikan semangat kebersamaan, kepelbagaian dan daya tahan.
“Keistimewaan inilah yang membentuk Wilayah Persekutuan sebagai salah satu nadi pentadbiran, ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya.
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Kita’, menekankan semangat kebersamaan, keharmonian dan tanggungjawab bersama dalam membangunkan wilayah yang inklusif serta sejahtera untuk semua lapisan masyarakat.
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun untuk memperingati penyerahan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974, sekali gus menandakan penubuhan Wilayah Persekutuan yang pertama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
Kini, Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Labuan yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1984, dan Putrajaya pada tahun 2001, berperanan sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Sepanjang lebih lima dekad penubuhannya, Wilayah Persekutuan terus berkembang sebagai pusat pentadbiran, ekonomi dan kehidupan rakyat, mencerminkan kemajuan negara serta kepelbagaian masyarakat Malaysia yang bersatu padu. – UMNO Online
Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.