Grand Slam ke-21, Rafael Nadal cipta rekod

 

MELBOURNE – Bintang tenis dunia, Rafael Nadal menepati ramalan apabila berjaya merangkul gelaran Grand Slam ke-21 selepas menjuarai Terbuka Australia sebentar tadi.

Bagaimanapun, perjalanan Nadal untuk meraih kemenangan tidak semudah disangka apabila jaguh berusia 36 tahun dipaksa bermandi peluh untuk mengatasi Daniil Medvedev dalam pertarungan lima set.



Nadal yang ketinggalan dua set perlawanan awal menggunakan pengalaman yang ada sebelum bangkit menundukkan pemain dari Rusia itu 2-6, 6-7, 6-4, 6-4, 7-5 di Arena Rod Laver dalam tempoh lima jam 24 minit.

Hasil kemenangan tersebut, Nadal kini menjadi pemain perseorangan lelaki memegang rekod kejuaraan Grand Slam paling banyak.

Sebelum ini, Nadal berkongsi rekod 20 kejuaraan Grand Slam bersama-sama seteru utama, Novak Djokovic dan Roger Federer.

Keputusan itu juga menyaksikan ia merupakan gelaran keduanya di Terbuka Australia selepas kali pertama pemain Sepanyol itu memenanginya pada tahun 2009.



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker