Lelaki 78 hari makan daging mentah

LELAKI itu setakat ini berjaya memakan daging mentah selama 78 hari. – Instagram/rawmeatexperiment

WASHINGTON – Seorang lelaki dilaporkan menguji tahap kesukaannya terhadap daging dengan memakan hidangan daging mentah pada  setiap hari, lapor laman metro UK semalam.

Lelaki karnivor itu setakat ini berjaya memakan makanan mentah kesukaannya itu selama 78 hari termasuk dada ayam, stik, ikan todak dan dia nampaknya tidak mengalami sebarang keracunan makanan yang teruk.

Usahanya dimuat naik ke akaun Instagram bernama @rawmeatexperiment. Lelaki itu turut berkongsi diet hariannya dengan peminat.

Lelaki tersebut akan menyaluti makanannya dengan telur mentah atau susu haiwan sebelum memakannya.

Menerusi satu hantaran terawalnya, lelaki yang tidak disebutkan namanya dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) itu dilihat menggigit daging stiknya sementara disaksikan dengan lapar oleh anjingnya.

Lelaki itu bahkan pernah memakan hati lembu dan susu unta yang mentah.

Dalam satu hantaran di Instagram, dia menceritakan bahawa pernah mengalami masalah kesihatan setelah mengamalkan diet berasaskan tumbuhan lalu beralih kepada daging. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker