Rogol kanak-kanak, remaja 17 tahun diberkas dalam bas

Rogol kanak-kanak, remaja 17 tahun diberkas dalam bas

Polis menahan seorang remaja lelaki dalam sebuah bas di Bentong, Pahang selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan dalam kejadian pada ambang tahun baharu.

Suspek yang berusia 17 itu ditahan kira-kira 1 tengah hari ketika menaiki bas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Pasir Puteh, Zaizul Rizal Zakaria, berkata keluarga mangsa berusia 13 tahun sebelum itu membuat laporan polis pada 6.45 pagi.

Katanya, mangsa didakwa dirogol di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal ketika mangsa keluar bersama suspek dikenalinya itu tanpa pengetahuan keluarga.

“Mangsa dikatakan keluar dengan suspek menaiki motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu untuk bersiar-siar di sekitar Besut dan Pasir Puteh sempena tahun baharu.

“Suspek kemudian didakwa membawa mangsa ke sawah padi sebelum merogolnya dan mangsa ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya memberkas suspek pada 1.00 tengah hari, dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, suspek akan ditahan reman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Rogol kanak-kanak, remaja 17 tahun diberkas dalam bas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker