Irfan terus mengganas pada Sukan SEA Vietnam 2021

IRFAN meraih pingat emas dalam acara lempar cakera, sekali gus mempertahankan tiga emas dalam tiga edisi lalu iaitu pada tahun 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Filipina.

 

HANOI – Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menepati ramalan apabila terus melakukan kejutan meraih emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi sebentar tadi.

Kejayaan tersebut memastikan Irfan Shamsuddin terus mempertahankan emas kelimanya selepas berjaya membuat lemparan sejauh 58.26 meter (m) untuk membutirkan emas ke-21 buat negara.

Meskipun tidak berjaya memecah rekod kebangsaan iaitu 62.55m yang dilakukan pada 2017, namun keputusan itu memadai untuk mengatasi lima peserta lain di Stadium Nasional My Dinh.

Pingat perak pula menjadi milik jaguh Thailand, Kiadpradid Srisai dengan lemparan sejauh 51.18m, manakala gangsa menjadi milik atlet Filipina, William Morrission I Edward (50.44m).

“Syukur dapat mempertahankan pingat emas tetapi saya kecewa kerana tidak dapat capai sasaran untuk pecah rekod peribadi di sini.

“Apapun, saya gembira kerana berjaya meraih emas di sini,” katanya.

Untuk rekod, Irfan turut mempertahankan tiga emas dalam tiga edisi lalu iaitu pada tahun 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Filipina.

Selain itu, kem olahraga turut melepasi sasaran lima pingat emas iaitu menerusi atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar yang memperagakan lompatan bergaya dengan catatan 16.51 meter.

Lompatan itu sekali gus mengagalkan hasrat atlet dari Filipina, Mark Harry Diones Aloto dan atlet tuan rumah, Tran Van Dien selepas masing-masing sekadar meraih perak dan gangsa. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker